Wednesday, March 11, 2009

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum dan Salam Mesra...
Pertama-tama saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurnia-Nya dapat saya meluangkan masa untuk berkongsi ilmu di laman web ini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta...oleh itu, saya terangkanlah serba ringkas tentang diri saya. Saya dikenali dikalangan anak-anak seni sebagai Ayahanda K.A. dan menjawat jawatan Jurulatih Kesenian Seni Tari sejak tahun 2007. Ilmu saya tentang seni tari ni gak cetek dan sentiasa mencari-cari ilmu untuk melengkapkan diri. Visi saya berkhidmat di sekolah ini adalah untuk melahirkan insan seni yang mantap dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah yang terpuji kerana insan seni akan sentiasa menjadi ikutan dan perhatian masyarakat...saya cuba untuk menghilangkan pandangan 'purba' masyarakat yang mengatakan bahawa orang yang bergiat dalam bidang seni ini hanya tahu buat masalah dan menjadi simbol-simbol yang negatif sahaja. Inilah landasan yang terbaik untuk kami mendidik dan melahirkan insan yang benar-benar menghargai bakat yang dikurniakan Allah kepada diri mereka. Diharap pengiat-pengiat seni yang melayari blog ini sudi berkongsi ilmu bersama saya insan yang terlalu cetek ilmu dan kemahiran berkaitan seni tari untuk saya memantapkan diri mencurah ilmu kepada anak-anak seni yang dahagakan ilmu dan kemahiran;anda insan yang cemerlang.

2 comments:

  1. Salam..hai..ni Abg 'Senyum' kan?
    Apa nama nye...lupa lak..Khairul eh..?

    ReplyDelete
  2. Salam...saya khairul. salam perkenalan. Maaf,siape ye?

    ReplyDelete