Sunday, March 15, 2009

LAWATAN MUHIBAH SK.PUTERI, SEREMBAN

Pada 13 Mac 2009, seramai 10 orang guru (termasuk Guru Besar SK. Puteri, Seremban) dan 80 orang murid SK. Puteri, Seremban datang melawat ke SSeJB. Jam 10.30 pagi mereka selamat tiba walaupun sebelum itu mereka sesat di Danga Bay dan ucapan terima kasih kepada Encik Tee Tiam Chai (GPK Koko yang dedikasi) telah memandu arah untuk mereka ke SSeJB. Satu majlis ringkas disediakan dibawah pengurusan produksi kecil pelajar tingkatan 3 (Seni Tari dan Seni Muzik). Rangkaian persembahan daripada bidang Tari dan Muzik untuk tatapan perkenalan antara 2 buah sekolah.
Majlis tersebut diselaraskan oleh anakanda Khalilah (Seni Muzik) dan dibantu oleh anakanda Ai sebagai Pengarah Tari dan menjadi wakil Pengetua menyampaikan ucapan berkenaan maklumat sekolah kepada hadirin. Persembahan itu juga diserikan lagi dengan persembahan tarian hasil karya koreografer muda; anaknda Lilis Jah Izzati (Tarian Kreatif-Pong2 Along), Nur Farah (Tarian kreatif-Jawa), Erinny (Tarian Inang) , Geetha (Tarian Joget) dan Azhim (Tarian Zapin) yang memberi hiburan dan gambaran kepada tetamu yang h
adir.

Anakanda Bidang Seni Tari melayani adik2 yang comel menari.

Selesai majlis di dewan mini, tetamu di bawa melawat setiap studio kesenian di SSeJB. Di studio tari, mereka melihat cara P&P dijalankan dan tidak ketinggalan anak2 dari SK.Puteri yang comel menari bersama kakak2 dan abang2 dari SSeJB sebagai buah tangan daripada kami.
Semoga dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak memberi input untuk membina aktiviti kesenian di SK. Puteri, Seremban... Apa yang kurang dicaci jangan, apa yang baik dijadikan teladan. Salam muhibah daripada kami warga SSeJB.

Wednesday, March 11, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN AI DAN KAWAN2

Anak2 Seni menyambut Ulang tahun Kelahiran yang ke-15 (Bulan Mac)
Anak2 Seni Tingkatan 3 Boneka meraikan bersama.

Pada 12 Mac 2009, genap 15 tahun usia anak seni tari yang bernama Nurul Aidilla Syamimie Mohd Shaffi yang pernah merangkul Anugerah Seri Permata Seni Sekolah Seni Johor Bahru (Anugerah Keseluruhan Kesenian) tahun 2008. Untuk menghargai segala sumbangan cemerlang beliau dan rakan2, kami menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama. Walaupun meraikan hanya dengan sebuku kek, kami tetap merasai keseronokkan walaupun jauh dari keluarga tercinta...anak-anak seni tingkatan 3 yang diraikan berazam untuk melengkapkan secukupnya diri mereka dengan ilmu bagi menenempuh ujian getir yang mendatang..."Terima kasih Ayahanda, doakan kami ayahanda...". kata-kata yang membuat saya terharu dan penuh bermakna, secara tidak langsung membangkitkan semangat saya untuk terus berusaha membantu mereka.

Selain Ai, Reena, Khairani, Azureen, Quizer dan Haziqah (anak2 seni di tingkatan 3 Boneka) menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Sama-sama kita doakan kesejahteraan anak2 seni kita.

SALAM PERKENALAN



Assalamualaikum dan Salam Mesra...
Pertama-tama saya memanjat kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah kurnia-Nya dapat saya meluangkan masa untuk berkongsi ilmu di laman web ini. Kata orang, tak kenal maka tak cinta...oleh itu, saya terangkanlah serba ringkas tentang diri saya. Saya dikenali dikalangan anak-anak seni sebagai Ayahanda K.A. dan menjawat jawatan Jurulatih Kesenian Seni Tari sejak tahun 2007. Ilmu saya tentang seni tari ni gak cetek dan sentiasa mencari-cari ilmu untuk melengkapkan diri. Visi saya berkhidmat di sekolah ini adalah untuk melahirkan insan seni yang mantap dari segi ilmu, kemahiran dan sahsiah yang terpuji kerana insan seni akan sentiasa menjadi ikutan dan perhatian masyarakat...saya cuba untuk menghilangkan pandangan 'purba' masyarakat yang mengatakan bahawa orang yang bergiat dalam bidang seni ini hanya tahu buat masalah dan menjadi simbol-simbol yang negatif sahaja. Inilah landasan yang terbaik untuk kami mendidik dan melahirkan insan yang benar-benar menghargai bakat yang dikurniakan Allah kepada diri mereka. Diharap pengiat-pengiat seni yang melayari blog ini sudi berkongsi ilmu bersama saya insan yang terlalu cetek ilmu dan kemahiran berkaitan seni tari untuk saya memantapkan diri mencurah ilmu kepada anak-anak seni yang dahagakan ilmu dan kemahiran;anda insan yang cemerlang.

Monday, March 2, 2009

Overture Sek Seni Kuching

Saksikanlah kehebatan pelajar-pelajar SSK membuat persembahan overture mereka.