Sunday, February 15, 2009

Majlis Penutup Bengkel Tarian India Klasik

Tahniah kepada semua pelajar dari kedua-dua buah sekolah seni yang telah berjaya menghadiri bengkel ini.

Hari ini telah dijalankan majlis penutupan bengkel ini oleh Pengetua SSJB iaitu Cik Hjh Rohana Ismail.

Beliau telah sudi untuk sama-sama menyaksikan sendiri persembahan pelajar dan juga menyampaikan sijil-sijil dan cenderamata kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Bengkel ini.



Semoga kita berjumpa lagi dalam bengkel-bengkel kesenian yang akan dijalankan di antara SSJB dan SSK pada masa-masa yang akan datang.

Saturday, February 14, 2009

Taklimat Pentaksiran PMR Seni Tari 2009

Bertempat di Studio Tari, semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 telah berkumpul untuk mendengar penjelasan atau taklimat tentang pentaksiran PMR bagi Seni Tari.

Pelajar-pelajar telah diminta untuk membuat pilihan untuk membuat kajian secara individu dan berkumpulan serta produksi.

Di samping itu pelajar-pelajar juga telah diminta untuk menetapkan sasaran band yang ingin mereka capai. Semua data telah direkodkan oleh Ayahnda Khairul selaku jurulatih Seni Tari.



Semoga semua pelajar telah mendapat penjelasan yang jelas dan faham bagaimana penilaian ini akan dibuat.